ORGANISASI


Pengerusi > En Zanal Bidin B. A Rahim
PKT, PJK

Timb Pengerusi > Ir Zulkifli Mat Rani

Setiausaha > En Zulkhairi Mat Ghani

Bendahari > En Zubairy Bin Abdul Rahman


* To Be Update Soon!!


**Moderator blog : Mohammad Azlan Bin Zanal Bidin

Sultan Ismail Power Station, Paka

azlanzai@tnb.com.my / 0139829066

Suruhanjaya Koperasi Malaysia


Kerajaan semakin serius untuk memartabatkan funsi dan peranan koperasi. Berikut adalah petikan berita daripada Berita Harian 20 Julai 2008.


Suruhanjaya Koperasi Malaysia mampu tingkatkan sumbangan kepada KDNK

PUTRAJAYA: Perubahan baru Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang dilancarkan hari ini dijangka dapat meningkatkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak sepuluh peratus menjelang 2020, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar. Beliau berkata, perubahan baru itu termasuk penubuhan Lembaga Pengarah dan Pengerusi Eksekutif untuk memperkemaskan lagi urusan pentadbiran manakala penubuhan dua dana baru iaitu Akaun Deposit Koperasi dan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat pula bagi memperkemaskan sistem kewangan.

"Sekarang sektor koperasi hanya menyumbang satu peratus kepada KDNK jadi untuk permulaan kita sasarkan peningkatan sebanyak lima peratus menjelang 2013," katanya semasa berucap pada sambutan Hari Koperasi Negara dan majlis perisytiharan SKM yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

SKM yang sebelum ini dikenali Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia, mula beroperasi pada Januari tahun ini. Noh berkata, menerusi perubahan itu juga sebanyak 588 buah lagi koperasi yang sebelum ini di bawah seliaan Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan diserahkan kepada SKM menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini ialah 5,758. "Kementerian juga akan memastikan jumlah penubuhan koperasi turut dipertingkatkan menjadi 16,000 menjelang 2020," katanya.
Noh berkata, SKM turut dipertanggungjawabkan untuk memastikan pendapatan 80 peratus koperasi di bawah kategori koperasi kecil dan mikro dipertingkatkan mencecah RM800,000 setahun. Pada majlis itu, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad diumumkan menduduki senarai teratas "Indeks 100 Koperasi Terbaik" diikuti Koperasi Permodalan Felda Berhad di tempat kedua dan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Berhad di tempat ketiga. Indeks itu adalah penanda aras yang dilaksanakan SKM seperti yang dibuat oleh International Cooperative Alliance di peringkat antarabangsa menerusi



LAMAN WEB SURUHANJAYA KOPERASI

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan, fungsi, dan matlamat penubuhan sesebuah koperasi..elok refer kepada link di bawah:-

http://www.jpk.gov.my/jpk/main.php?Content=sections&SectionID=97