Salam Aidiladha 1430H

Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H kepada seluruh ahli koperasi. Semoga kedatangan AidilAdha tahun ini membuatkan kita semakin memahami konsep pengorbanan itu sendiri.


Sekitar Promosi Kelapa Dara

Sekitar Promosi Kelapa Dara di Hari Pengguna Malaysia 2009...






Ucapan Hari Lahir

Akilkota.blogspot mewakili Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh ahli ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada sanak saudara yang menyabut Hari Jadi pada 01 oktober 2009 iaitu ZAFIRAH AMNI ZULKIFLI, FARAHIN MARDHIAH ZUBAIRI, dan NOR ANIS SYAFIQAH BT FAISAL.

Tinta Moderator


Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita bersama-sama dapat menyambut syawal 1430 ..Moderator mengambil kesempatan ini unruk memohon ampun dan maaf kepada seluruh ahli koperasi khususnya andai ada yang terguris dan terasa hati sepanjang moderator menguruskan laman ini. Ini termasuklah ketidaksempatan moderator mengupdate blog ini disebabkan kesibukan tugas di tempat kerja baru. Namun, moderator memberi jaminan akan terus memberi komitmen untuk menghidupkan blog ini pada masa-masa yang akan datang.

Seperti yang diketahui, Koperasi telah berjaya melahirkan beberapa lagi produk yang InsyaAllah akan dilancarkan sedikit masa lagi. Pihak akilkota.blogspot akan memberi info berkenaan produk ini sedikit masa lagi. Sama-samalah kita berdoa agar usaha yang dirintis ini akan menjadi titik permulaan yang amat bermakna dalam sejarah perkembangan koperasi kota.

Moderator juga berharap agar visitor-visitor yang aktif dapat memanjangkan blog ini kepada ahli keluarga lain hendaknya.

Sekian,

SALAM AIDILFITRI 1430H

Pengerusi dan Seluruh Ahli Lembaga Pengarah mengucapkan salam aidilfitri kepada seluruh ahli Koperasi Keluarga Kita (Pahang)Berhad

KHABAR AWAH

HARI PENGGUNA MALAYSIA 2009

AssalamuaLAIKum Kaum Kerabat Sekelian,

Sayugia dimaklumkan Koperasi Keluarga Kita (Pahang) Berhad akan menyertai
Hari Pengguna Malaysia 2009 dengan membuka gerai pameran. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan gerai KOTA. Promosi kelapa dara dan kerepek akan diadakan dengan harga RUNTUH serta diskaun menarik. Tunggu ape lagi..mari3x kita turun ke Padang MPK Kuantan hujung minggu ni...

Tinta Moderator


Assalamualaikum Warahmatullah..

Moderator mengambil kesempatan ini untuk mendoakan ahli koperasi serta kaum kerabat sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan terus dikurniakan kesihatan untuk meneruskan ibadah kepadaNya.

Detik-detik manis penubuhan koperasi lebih setahun saya percaya akan terus menjadi kenangan manis setiap daripada jiwa-jiwa ahli koperasi. Alhamdulillah! cabaran penubuhan telah pun berjaya diharungi. Namun, kita kini masuk ke peringkat kedua dimana pengisian kepada aktiviti koperasi pula yang dituntut. Resipi kejayaan koperasi-koperasi yang terdahulu berjaya adalah kerjasama erat dikalangan ahli-ahlinya samada dari segi idea, wang ringgit, serta masa. Koperasi KOTA juga sangat bertuah kerana memiliki ahli-ahli yang begitu komited dalam perencanaan dan aktiviti koperasi.

Teringat moderator kepada suatu kisah di zaman pemerintahan Sultan Ahmad 1 pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniah. Suatu hari baginda mengutuskan surat kepada tokoh ulama' terkemuka iaitu Sheikh Sa'dudin berikutan perihal permasalahan yang melanda negara baginda. Lalu, Sheikh Sa'dudin menjawab surat tersebut dengan sebaris ayat.."INI BUKAN URUSAN SAYA"! Baginda Sultan begitu murka dengan jawapan ulama tersebut lalu memangginya menghadap. Dengan tenang, Sheikh yang alim menerangkan jawapannya sememangnya menjawab pertanyaan baginda Sultan. Ia adalah merujuk kepada sikap mementingkan diri masyarakat zaman tersebut yang melihat permasalah umat bukanlah sepatutnya digalas oleh mereka dan meletakkannya di bahu orang lain. Ya...jawapan "INI BUKAN URUSAN SAYA" sememangnya bertepatan dengan maksud persoalan baginda Sultan. Sultan kemudian mengurniakan hadiah kepada Sheikh Sa'dudin atas kebijaksanaannya itu.

Maka, jelas bahawa hala tuju sesuatu kelompok organisasi adalah digalas oleh semua jiwa yang berada di dalamnya. Jika sifat bersatu padu menjadi sebati dalam sesebuah organisasi, dengan kehendak Allah SWt jualah 'segala bukit dapat didaki dan lurah dapat dituruni'

SUBHANALLAH!! Yang menjadikan keluarga kami bersatu hati di bawah rimbunan rahmatMu.

Sekian

Gambar penuh mesyuarat agung


Untuk paparan gambar mesyuarat agung yang lebih baik..Sila ke Web Album Kota seterusnya klik pada folder mesyuarat agung:-



Selamat mencube!!

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Pak Cik Zaini bin Haji Nik menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan ahli keluarga sekalian pada 16.5.2009 di Kuantan kerana perkahwinan anak bongsunye. di No.19, Lorong 19, Perumahan Bukit Rangin Kuantan.


NOTIS MESYUARAT AGONG KALI KE-II

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Agong Koperasi Keluarga Kita (Pahang) Berhad akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 03 April 2009
Masa : 9.00 pg hingga 1.00 tgh
Tempat : GREEN PARK HOTEL, Temerloh

Seluruh ahli koperasi dijemput hadir. Dan kehadiran anda amat dialu-alukan.

'KOPERASI KOTA, TANGGUNGJAWAB KOME'

P/S : sebarang kemuskilan sila berhubung dengan urusetia kehormat (En Zuhaimi - 0128738277)

alfatehah

ziarah ayah long 22.3.09



Walaupun berselang hari tetapi belum terlewat rasa nya untuk memaklumkan...

Dukacita dimaklumkan Hj Abd Aziz Mohamad atau ayah long azit telah kembali kerahmatullah pada 06.04.09 jam 3.30 ptg. Setelah sekian lama menanggung sakit lelah dan sakit yg misteri di bahagian perut, ayah long 80 tahun, telah menghembus nafas yang terakhir di rumahnya di Tanjung Gadong.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh nya.Aminn

perjalanan terakhir ayah long...


Tips Berjimat (Ehsan AKPK)


Apa yang naik dan tidak akan jatuh? Selain daripada umur anda, harga barangan dan perkhidmatan adalah jawapan yang munasabah! Hakikatnya pada akhir-akhir ini, banyak telah diperkatakan tentang kenaikan harga makanan dan minyak di seluruh dunia. Dengan harga yang meningkat dan pendapatan kekal sama, amatlah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk hidup dengan cermat.

Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?

Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!

Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.

Bagaimana saya boleh Bercermat atau Berjimat?

Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang Ringgit anda:

Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
Adakah saya betul-betul perlukan ini?
Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?

Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.

Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.

Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.

Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!



Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!

Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli

Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:

Cari hiburan yang percuma atau murah. (Kita akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut lagi, kemudian.)

Berkongsi dalam pembelian yang besar
Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.

Bertukar barangan atau perkhidmatan.
Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!


Bagaimana saya boleh berjimat dalam Hiburan?

Ini adalah satu bahagian yang kita banyak berbelanja tanpa menyedarinya. Walaubagaimanapun, masih boleh mendapat hiburan secara percuma atau hampir percuma. Disebabkan anda cuba berjimat, tidak bermakna anda tidak boleh bergembira. Tidak kira berapa pendapatan anda, luangkan masa untuk relaks dan bergembira (sebab anda hanya hidup sekali!). Malah ia lebih penting apabila anda mempunyai duit yang sedikit. Tanpa keseronokan, sukar untuk hidup sihat. Di sini terdapat beberapa cadangan:

Pinjam buku atau hadiri seminar/program percuma yang dianjurkan perpustakaan awam.

Daripada pergi ke sinema, sewa video dan cuba buat sendiri kacang putih/biskut.

Melawat museum, zoo atau taman tema dan nikmati udara segar (bergantung di mana anda berada!)

Peka dengan konsert, program kanak-kanak dan aktiviti keluarga yang percuma daripada akhbar atau melalui pusat/laman web pelancongan.

Ambil kelas yang murah melalui pendidikan komuniti, belajar kemahiran baru atau hidupkan minat lama. Malah anda boleh tukarkan hobi itu kepada bisnes.

Hadiri sesi percuma bacaan buku orang dewasa dan kanak-kanak di kedai buku tempatan atau perpustakaan.

Berjalan, mengembara dengan berjalan kaki atau berbasikal untuk meneroka suatu yang baru atau melawat tempat kegemaran.

Lihat matahari terbit dan terbenam, cari gugusan bintang pada langit atau mungkin, mulakan satu projek bersama keluarga, seperti menanam pokok (pokok durian atau magga memang tepat sekali, kerana ia akan menjimatkan duit anda daripada perlu membeli buah-buahan!)


Jika anda rajin mencari (hanya perlu cari di Internet mengenai “gaya hidup cermat” atau “berjimat”, anda akan kagum dengan apa yang bakal anda jumpa!), terdapat banyak cara untuk menikmati hiburan yang baik dan pada kos yang rendah. Sebenarnya, satu lagi aktiviti yang menarik, yang mungkin anda perlu cuba ialah “memerhati orang”! Duduk di taman atau pusat membeli-belah dan anda perlu cuma perhati apa yang orang lakukan, bagaimana mereka berjalan, bercakap, ketawa dan bagaimana sesetengah ibu bapa “berkomunikasi” dengan anak mereka. Banyak perkara yang dapat dipelajari dengan hanya memerhatikan orang lain dan yang bagusnya, ia adalah PERCUMA!


Kesimpulan

Hidup dengan duit yang sedikit tidak bermakna kehidupan yang serba kekurangan. Ia lebih kepada hidup dengan lebih bermakna dan bersyukur, dan bukan hidup untuk orang lain. Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup.

MINYAK KELAPA DARA


ape khabar ejen-ejen? hehe..

LOGO BARU KOTA!!!!!!!


Rasional Logo
-------------

Mempunyai tiga warna terang hijau, biru dan merah. Hijau melambangkan aktiviti PERTANIAN dan PERLADANGAN. MERAH membawa maksud aktiviti PEMBINAAN/HARTANAH seperti yang termaktub dalam undang-undang kecil koperasi KOTA. BIRU mewakili AKTIVITI PENDIDIKAN/INSURAN PERLINDUNGAN. Bulatan pada huruf 'O' melambangkan KUMPULAN/AHLI KELUARGA yang bersatu dalam KOTA. Bulatan juga membawa makna PEKA dan PRIHATIN serta CEPAT. Sumber : S/U KOTA (En Zulkhairi)

p/s: Komen berkenaan logo ini amat dialu-alukan.

Khabar Kota II

1. Mesyuarat Lembaga Pengarah KOTA

Kuala Lumpur: Mesyuarat Lembaga Pengarah Kota telah selamat disempurnakan pada 27 Disember 2008. Mesyuarat yang diadakan di Carlton Holiday Shah Alam itu adalah bertujuan untuk mendapatkan idea-idea bernas ahli lembaga pengarah tentang hala tuju koperasi selanjutnya. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan pada mesyuarat tersebut dan masing-masing mendapat kelulusan dasar oleh lembaga koperasi.
Antara yang hadir ialah Pengerusi KOTA En Zanal Bidin Bin A Rahim, Timbalan Pengerusi Ir Zulkafli, Setiausaha En Zulkhairi, Bendahari En Zubairi, En Khalid, En Samad, En Aminuden, En Zuhaimi, En Zamri, dll. Mereka turut diiringi isteri dan anak-anak masing-masing yang menyertai acara mandi mande di Pusat Akuatik Shah Alam keesokannya. Moderator pon datang gak..
Tajuk-tajuk kertas kerja adalah 'PERANCANGAN HARI KELUARGA KOTA 2009','INSURANS BERKELOMPOK KOTA',dan 'PROGRAM PEMBANGUNAN REMAJA' oleh En Zuhaimi. En Zulkhairi -'MINYAK KELAPA DARA KOTA', En Aminudden- 'PENTERNAKAN BURUNG PUYOH', Ir Zulkifli 'PROJEK PEMBUNGKUSAN MINYAK KELAPA SAWIT', EN Khalid 'PROJEK PENANAMAN SERAI', En Zubairi 'KEDUDUKAN KEEWANGAN KOTA', En Samad 'KORBAN PERDANA KOTA 1430H' dan En Mohammad Azlan- 'BLOG KOPERASI KOTA'. Slide-slide pembentangan ini beserta minit mesyuarat akan menyusul tidak lama lagi.
Suasana pembentangan agak menarik dan 'panas' (walaupun aircond sejuk) menggambarkan semua lembaga pengarah amat komited dengan setiap perkara yang akan diluluskan. Ini dibuktikan setiap pembentang kertas kerja terpaksa mengemukakan hujah kukuh kenapa kertas kerja mereka patut diluluskan. En Aminuden nyaris-nyaris tutup kedai ari tu..hehehe..Syabah Pn Haniza dll..
Pengerusi KOTA dipetik sebagai berkata ,"memang menjadi harapan kita agar koperasi KOTA akan berjaya dengan permulaan kosong dan bangkit setaraf dengan koperasi lain".

2. Pelancaran Minyak Kelapa Dara


Shah Alam : Minyak Kelapa Dara KOTA telah menemui khalayak pengguna pada 27 Disember tahun lepas. Pelancaran jualan dilakukan bersempena dengan Mesyuarat Lembaga Pengarah KOTA di Carlton Holiday Shah Alam. Setiap ahli lembaga mengambil masing-masing 10 botol untuk test market di tempat masing-masing. Ahli-ahli akan menerima bahagian masing-masing tidak lama lagi. Minyak ini dijual dengan harga RM 20.00. Produk ini dijangka memberi pulangan RM 60000 menjelang tahun 2010.
Satu carta jualan akan di papar di blog ini sedikit masa lagi untuk melihat prestasi jualan. Pn Zakiah dipetik sebagai berkata , "koi dah jual 76 botol".
Semoga harapan dan cita-cita ini dimakbukan oleh Allah SWT.

3. Perlantikan Pembantu Moderator Blog

Shah Alam : Saudara Abd Samad telah dilantik sebagai pembantu moderator blog secara rasmi. Beliau akan membantu moderator dalam penyusunan dan kemaskini blog. Kata En Samad, "koi sanggup berjuang habis-habisan pilihanraye PRK 36 ni". Macam tadek kaitan je..hehehe..Takbir!!

4. Rakyat Palestin Terseksa!!

Paka : akilkota.blogspot mengajak ahli koperasi menunjukkan prihatin terhadap penderitaan penduduk Gaza yang disembelih dan dibunuh oleh Yahudi laknatUllah. Antara yang boleh dilakukan ialah memberikan derma kepada tabung-tabung yang disediakan, boikot prodok Israel dan Amerika dan melakukan Qunut Nazilah. InsyaAllah hasil doa bersama ianya akan dimakbulkan oleh Allah SWT.