Assalamualaikum Warahmatullah..
Moderator mengambil kesempatan ini untuk mendoakan ahli koperasi serta kaum kerabat sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan terus dikurniakan kesihatan untuk meneruskan ibadah kepadaNya.
Detik-detik manis penubuhan koperasi lebih setahun saya percaya akan terus menjadi kenangan manis setiap daripada jiwa-jiwa ahli koperasi. Alhamdulillah! cabaran penubuhan telah pun berjaya diharungi. Namun, kita kini masuk ke peringkat kedua dimana pengisian kepada aktiviti koperasi pula yang dituntut. Resipi kejayaan koperasi-koperasi yang terdahulu berjaya adalah kerjasama erat dikalangan ahli-ahlinya samada dari segi idea, wang ringgit, serta masa. Koperasi KOTA juga sangat bertuah kerana memiliki ahli-ahli yang begitu komited dalam perencanaan dan aktiviti koperasi.
Teringat moderator kepada suatu kisah di zaman pemerintahan Sultan Ahmad 1 pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniah. Suatu hari baginda mengutuskan surat kepada tokoh ulama' terkemuka iaitu Sheikh Sa'dudin berikutan perihal permasalahan yang melanda negara baginda. Lalu, Sheikh Sa'dudin menjawab surat tersebut dengan sebaris ayat.."INI BUKAN URUSAN SAYA"! Baginda Sultan begitu murka dengan jawapan ulama tersebut lalu memangginya menghadap. Dengan tenang, Sheikh yang alim menerangkan jawapannya sememangnya menjawab pertanyaan baginda Sultan. Ia adalah merujuk kepada sikap mementingkan diri masyarakat zaman tersebut yang melihat permasalah umat bukanlah sepatutnya digalas oleh mereka dan meletakkannya di bahu orang lain. Ya...jawapan "INI BUKAN URUSAN SAYA" sememangnya bertepatan dengan maksud persoalan baginda Sultan. Sultan kemudian mengurniakan hadiah kepada Sheikh Sa'dudin atas kebijaksanaannya itu.
Maka, jelas bahawa hala tuju sesuatu kelompok organisasi adalah digalas oleh semua jiwa yang berada di dalamnya. Jika sifat bersatu padu menjadi sebati dalam sesebuah organisasi, dengan kehendak Allah SWt jualah 'segala bukit dapat didaki dan lurah dapat dituruni'
SUBHANALLAH!! Yang menjadikan keluarga kami bersatu hati di bawah rimbunan rahmatMu.
Sekian
-