Pre Launch Produk KOTA

Memperkenalkan Produk Berjenama Taqris...Minyak Kelapa Dara dan Biskut Kelapa..

InsyaAllah sama-sama bagi sokongan padu..!!!

KHABAR KOTA

KEJOHANAN BOWLING KOTA VS SKM

Kuantan 26 Feb 2020 : Satu kejohanan bowling persahabatan antara Koperasi KOTA dan SKM Caw. Pahang telah diadakan di Kuantan Megalane, Berjaya Megamall. Pertandingan antara lain adalah bermatlamat untuk merapatkan silaturahim ahli koperasi KOTA dan kakitangan SKM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran dan penyertaan Tuan Pengarah Koperasi Caw. Pahang, Ybhg En Zahari Bin Abdul Aziz. Pertandingan yang berjalan dalam suasana cukup ceria itu antara lain dapat mencungkil bakat terpendam para peserta dari kedua-dua belah pihak.. Kedua-dua pasukan diwakili oleh 15 orang peserta. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:-

Kategori Berpasukan.

1. Koperasi KOTA - Johan (3211 Jatuhan Pin)
2. SKM Pahang - Naib Johan (3053 Jatuhan Pin)

Kategori Individu (Lelaki)

1. En Mohd Kamal Bin Abd Manaf – SKM (JOHAN) (286 Jatuhan Pin)
2. En Mohd Rusli Bin Abd Rahman – SKM (NAIB JOHAN) (279 Jatuhan Pin)
3.En Hakim – SKM (TEMPAT KETIGA) (272 Jatuhan Pin)

Kategori Individu (Wanita)

1. Pn Syuzilla Binti Ibrahim – KOTA (JOHAN) (202 Jatuhan Pin)
2.Cik Zahirahamni Binti Zulkifli – KOTA (NAIB JOHAN) (195 Jatuhan Pin)
3.Cik Norhiedayah Bt. M Yunus – SKM (TEMPAT KETIGA) (156 Jatuhan Pin)

Tuan Pengarah SKM Pahang dalam ucapan penutup menyatakan, “Pertandingan ini baik untuk diteruskan pada masa hadapan bagi mengukuhkan kerjasama kedua-dua pihak”. Setiap pemenang membawa pulang trophy. Manakala sijil penyertaan penyertaan diberikan kepada semua peserta. Trophy kejuaraan KOTA kini disimpan di Kediaman Pengerusi..sesiapa berminat untuk melihat lebih dekat Trophy kebanggan tersebut dijemput datang..

CANDID SEKITAR MAJLIS




MESYUARAT ALK Bil 012010

Kuantan 26 Febuari 2010 : Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Bil 012010 telah selamat dijalankan di Pejabat Urusan Koperasi KOTA di Bukit Sekilau, Kuantan. Mesyuarat antara lain mempunyai agenda untuk perancangan gerakan koperasi ini. Beberapa perkara penting diputuskan dan bakal dibentangkan dalam Mesyuarat Agong yang dijangka akan berlangsung pada 28 Mei 2010 depan. Pengerusi KOTA dipetik sebagai berkata , “Koperasi nampaknya mempunyai arah tuju yang lebih jelas kini..dan mampu bergerak maju lebih jauh lagi..”.

CANDID SEKITAR MESYUARAT ALK



MESYUARAT AGONG KE-III DAN HARI KELUARGA

Kuantan 26 Febuari 2010 : Lanjutan keputusan Mesyuarat ALK yang lepas, En Zuhaimi Bin Abdul Rahim dilantik ke jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Mesyuarat Agong ke- III dan Hari Keluarga bagi tahun 2010. Antara perancangan awal adalah mengadakan acara tersebut di Kuantan Tembeling Resort pada 28, 29, dan 30 Mei 2010. Maklumbalas dari ahli amat dialu-alukan.