Charok Riang 20 November: Sekalung Tahniah diucapkan kepada pasangan Anas & Rufida yang selamat bergelar suami isteri sabtu lepas...Alhamdulillah majlis tersebut yang dihadiri majoriti sanak saudara telah berjalan dengan lancar berkat izin Allah S.W.T... Lagi gambar-gambar sekitar majlis di FB Kg Awah Temerloh
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “ , Doa Nabi SAW
p/s : Pn Rufida sila mintak suami isi borang koperasi..hehe
Kok Da Kawin....
Posted by KOTA 0 comments
Sekitar Hari Koperasi Negara 2010
Alhamdulillah, Koperasi KOTA dengan jayanya telah menyertai Hari Koperasi Negara 2010. Sekalung terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti tersebut.. (Gerai turut dijayakan bersama Sdr Rizal Ahmad dari Ilham Food Industries - Menjual Aneka Karipap Frozen - Hubungi 0162063646 untuk tempahan)
Posted by KOTA 0 comments
Notis Mesyuarat Agong Ke-2
Tarikh : 01 Ogos 2010
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Kolej Risda, Kg Awah
Posted by KOTA 0 comments
Sambutan Hari Koperasi Negara 2010
Seluruh ahli dijemput hadir..
Posted by KOTA 0 comments
Notis Penangguhan Hari Keluarga
Dukacita dimaklumkan, hari keluarga yang dirancang berlangsung dari 29-39 Mei 2010 terpaksa DITUNDA atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tarikh baru akan diberitahu kemudian. Jawatankuasa Penganjur ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.
Posted by KOTA 0 comments
Seminar Meneroka Industri Halal
Koperasi Keluarga Kita (Pahang) Berhad telah menghantar dua orang wakil ke Seminar, Meneroka Industri Halal : Potensi Dan Cabaran.yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam dari 5-7 Mei 2010..
Posted by KOTA 0 comments
HEBAHAN HARI KELUARGA
[surat akan diposkan dalam masa terdekat]
SENARAI SEPERTI EDARAN
Ybhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG DAN HARI KELUARGA KOPERASI KELUARGA KITA (PAHANG) BERHAD KALI KE-III
Tempat : De Rhu Beach Resort & Pusat Rekreasi Air Balok
4. Kehadiran Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan amat dialu-alukan untuk memeriahkan lagi program yang telah diatur.
‘KOPERASI KITA TANGGUNGJAWAB KITA’
...................................................
(Zuhaimi Bin Abdul Rahim)
Pengerusi,
Jawatankuasa Penganjur,
Posted by KOTA 0 comments
Promosi : MUTIARA HOMESTAY
S/U Kota mengorak langkah lagi dengan pembukaan MUTIARA HOMESTAY di Sungai Karang..
Yang berminat boleh menghubungi En Zul di talian 0199009009..
Sama-sama bagi sokongan InsyaAllah..!
Posted by KOTA 0 comments
Pre Launch Produk KOTA
Memperkenalkan Produk Berjenama Taqris...Minyak Kelapa Dara dan Biskut Kelapa..
Posted by KOTA 1 comments
KHABAR KOTA
KEJOHANAN BOWLING KOTA VS SKM
Kuantan 26 Feb 2020 : Satu kejohanan bowling persahabatan antara Koperasi KOTA dan SKM Caw. Pahang telah diadakan di Kuantan Megalane, Berjaya Megamall. Pertandingan antara lain adalah bermatlamat untuk merapatkan silaturahim ahli koperasi KOTA dan kakitangan SKM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran dan penyertaan Tuan Pengarah Koperasi Caw. Pahang, Ybhg En Zahari Bin Abdul Aziz. Pertandingan yang berjalan dalam suasana cukup ceria itu antara lain dapat mencungkil bakat terpendam para peserta dari kedua-dua belah pihak.. Kedua-dua pasukan diwakili oleh 15 orang peserta. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:-
Kategori Berpasukan.
1. Koperasi KOTA - Johan (3211 Jatuhan Pin)
2. SKM Pahang - Naib Johan (3053 Jatuhan Pin)
Kategori Individu (Lelaki)
1. En Mohd Kamal Bin Abd Manaf – SKM (JOHAN) (286 Jatuhan Pin)
2. En Mohd Rusli Bin Abd Rahman – SKM (NAIB JOHAN) (279 Jatuhan Pin)
3.En Hakim – SKM (TEMPAT KETIGA) (272 Jatuhan Pin)
Kategori Individu (Wanita)
1. Pn Syuzilla Binti Ibrahim – KOTA (JOHAN) (202 Jatuhan Pin)
2.Cik Zahirahamni Binti Zulkifli – KOTA (NAIB JOHAN) (195 Jatuhan Pin)
3.Cik Norhiedayah Bt. M Yunus – SKM (TEMPAT KETIGA) (156 Jatuhan Pin)
Tuan Pengarah SKM Pahang dalam ucapan penutup menyatakan, “Pertandingan ini baik untuk diteruskan pada masa hadapan bagi mengukuhkan kerjasama kedua-dua pihak”. Setiap pemenang membawa pulang trophy. Manakala sijil penyertaan penyertaan diberikan kepada semua peserta. Trophy kejuaraan KOTA kini disimpan di Kediaman Pengerusi..sesiapa berminat untuk melihat lebih dekat Trophy kebanggan tersebut dijemput datang..
CANDID SEKITAR MAJLIS
MESYUARAT ALK Bil 012010
Kuantan 26 Febuari 2010 : Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Bil 012010 telah selamat dijalankan di Pejabat Urusan Koperasi KOTA di Bukit Sekilau, Kuantan. Mesyuarat antara lain mempunyai agenda untuk perancangan gerakan koperasi ini. Beberapa perkara penting diputuskan dan bakal dibentangkan dalam Mesyuarat Agong yang dijangka akan berlangsung pada 28 Mei 2010 depan. Pengerusi KOTA dipetik sebagai berkata , “Koperasi nampaknya mempunyai arah tuju yang lebih jelas kini..dan mampu bergerak maju lebih jauh lagi..”.
CANDID SEKITAR MESYUARAT ALK
MESYUARAT AGONG KE-III DAN HARI KELUARGA
Kuantan 26 Febuari 2010 : Lanjutan keputusan Mesyuarat ALK yang lepas, En Zuhaimi Bin Abdul Rahim dilantik ke jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Mesyuarat Agong ke- III dan Hari Keluarga bagi tahun 2010. Antara perancangan awal adalah mengadakan acara tersebut di Kuantan Tembeling Resort pada 28, 29, dan 30 Mei 2010. Maklumbalas dari ahli amat dialu-alukan.
Posted by KOTA 1 comments
KEJOHANAN BOWLING SKM PAHANG - Koperasi KOTA (TERKINI)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Mega Lanes, Berjaya Megamall. Kuantan
PROGRAM INI AKAN DIRASMIKAN OLEH TUAN PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI NEGERI PAHANG.
Posted by KOTA 0 comments
NOTIS MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH
Kehadapan Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Keluarga Kita (Pahang) Berhad,
2.Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bil 1/2010 seperti butiran berikut:-
Tarikh : 26 Febuari 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Pejabat Urusan Koperasi KOTA, Bukit Sekilau.
3.Kehadiran Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan amat dialu-alukan demi membangun dan memperkembangkan aktiviti Koperasi KOTA. Mesyuarat antara lain akan mempunyai agenda pembentangan kertas kerja berkenaan cadangan aktiviti baru koperasi dan pembentangan kewangan.
4.Sukacita pihak Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat mengesahkan kehadiran kepada Setiausaha Koperasi En Zulkhairi. Makan/Minum disediakan sepanjang tempoh mesyuarat.
5.Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan juga boleh menghubungi Pengerusi/Setiausaha/Bendahari untuk tempahan penginapan.
Sekian, terima kasih.
KOPERASI KITA, TANGGUNGJAWAB KITA
Yang benar,
t.t
(Setiausaha Koperasi KOTA)
Posted by KOTA 1 comments
KHABAR KOTA
1.
KAMPUNG AWAH :En Samad dan En Soeb telah menyempurnakan kembara 9 hari dari 21 Januari 2010 sehingga 30 Januari 2010 jelajah Borneo untuk meneroka peluang perniagaan. Lawatan yang meliputi kebanyakan daerah di Sabah, Sarawak, dan
2.
KUANTAN : Lanjutan program
3.BENGKEL KEJIRANAN KOPERASI
BENTONG : Ybhg Dato' Aminuden dan Dato' Musawil telah menghadiri Bengkel Kejiranan Koperasi dari 08 hingga 09 Febuari di Putri Resort Ayer Keroh, Melaka. Bengkel adalah bermatlamat untuk mengembangkan lagi peluang-peluang perniagaan bagi
4.SEJARAH BUKIT SEGUMPAL
KUALA LUMPUR : Ahli Koperasi berpeluang mengikuti sejarah Bukit Segumpal dan Mat Akil menerusi blog Sesudah Subuh (Blog Peribadi Moderator). Diharap usaha ini akan menjadi kenyataan.
Posted by KOTA 0 comments
Masih di Sabah
Bertemu kembali...
Posted by KOTA Labels: Lawatan 2 comments
Hari ke Limak: Dari Bintulu Ke Miri
Hari ni sebelum memulakan perjalanan ke Miri kami melawat Kop Bintulu Port Bhd (Kopela).
Mereka menyediakan khidmat kredit barangan untuk ahli dengan usaha sama sebuah pasaraya di Bandar Bintulu.
Posted by KOTA Labels: Lawatan 0 comments
Hari Keempat: Sri Aman ke Bintulu
Hari ni check out dr hotel di Sri Aman jam 7.15 pagi.Pukul 8.00 kami mengadakan bengkel2 kecil juge bg membincangkn peluang2 pasaran sesama koperasi.Lusa saya dan Shoeb akan presentation brkenaan kop KOTA.Selepas bengkel kami melawat Kop Da'au Gaya Bhd yg mengusahakan perabot jati dan seterusnya melawat Kop EA Muhibbah Sri Aman Bhd yg mengusahakan pembuatan songkok.Sehingga selesai makan tengahari dan solat di Sri Aman kami bertolak ke Bintulu pada jam 1.30 petang.
Bayangkan lah tuan2 dan puan2, perjalanan sejauh 468 km yang memakan masa lebih 7 jam dan bas pula tidak boleh dipandu laju serta melalui jalan yang kecil dan berbukit.Pukul 9.30 malam baru sampai ke Bintulu...bayangkan.
Lotih kamik!
Posted by KOTA Labels: Lawatan 0 comments
Hari Ketiga...Serian
nak menyampai ke kg pendalaman penumpang kena turun bas pasal bimbang jambatan tak tahan, jalan pun kecik.
Posted by KOTA Labels: Lawatan 0 comments