KAMPUNG AWAH :En Samad dan En Soeb telah menyempurnakan kembara 9 hari dari 21 Januari 2010 sehingga 30 Januari 2010 jelajah Borneo untuk meneroka peluang perniagaan. Lawatan yang meliputi kebanyakan daerah di Sabah, Sarawak, dan Brunei itu adalah untuk melihat kejayaan koperasi-koperasi yang dilawati di samping membina networking perniagaan bagi KOTA. En Samad dan En Soeb turut membentangkan kertas kerja kepada ahli rombongan berkenaan KOTA. Lanjutan daripada lawatan ini, En Samad dijangka membentangkan kertas kerja berkenaan pengeluaran produk koperasi terbaru iaitu Air Mineral KOTA khususnya untuk pasaran Sabah dan Sarawak. En Samad dipetik sebagai berkata, "koi termotivasi dengan lawatan tersebut dan nampak potensi perniagaan air mineral nih".
2.KOTA & PRODUK ROSELL
KUANTAN : Lanjutan program KOTA @ Borneo, Koperasi KOTA diundang menjadi pengedar produk Rosell di Pahang. SU dipetik sebagai berkata, "KOTA akan menghadiri pelancaran tersebut yang akan dirasmikan oleh SPB Yang Dipertuan Agong Al Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu". Maklumat lanjut akan menyusul.
3.BENGKEL KEJIRANAN KOPERASI
BENTONG : Ybhg Dato' Aminuden dan Dato' Musawil telah menghadiri Bengkel Kejiranan Koperasi dari 08 hingga 09 Febuari di Putri Resort Ayer Keroh, Melaka. Bengkel adalah bermatlamat untuk mengembangkan lagi peluang-peluang perniagaan bagi KOTA. Hasil dari lawatan tersebut, Ybhg Dato' M akan membentangkan cadangan kepada koperasi berkenaan pengeluaran produk Jus KOTA pada mesyuarat akan datang. Beliau dipetik sebagai berkata "Produk Jus KOTA mampu beri nilai tambah kepada koperasi..KOTA Boleh!!".
4.SEJARAH BUKIT SEGUMPAL
KUALA LUMPUR : Ahli Koperasi berpeluang mengikuti sejarah Bukit Segumpal dan Mat Akil menerusi blog Sesudah Subuh (Blog Peribadi Moderator). Diharap usaha ini akan menjadi kenyataan.
0 comments:
Catat Ulasan